HiburanMahkamah

Saksi defendan ketiga nafi ada jaminan peribadi serah hadiah kepada pemenang walaupun BME sudah gulung tikar

PERBICARAAN kes saman penyanyi, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin terhadap Bina Megah Empayar (BME) di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, masuk hari ketiga, hari ini

Aishah, 57, diwakili tiga peguam iaitu Mohammad Izwan Azmi, Mazniza Mohd Kamil dan Amirul Izwan Lehuddin dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates.

Prosiding pagi ini ialah sambung pemeriksaan balas oleh Peguambela Aishah, Izwan ke atas saksi defendan ketiga dari BME, Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa, 50.

Semalam, saksi defendan ini tampil di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dalam pemeriksaan balas oleh Izwan.

Saksi dan dua lagi defendan iaitu isteri dan anak defendan ketiga, diwakili peguambela Mohd Khainis Yussof dan Nor Amalina dari Tetuan Azwan Roslee & Co.

Semalam mahkamah diberitahu oleh saksi defendan ketiga bahawa dua lagi saksi iaitu saksi pertama dan kedua adalah rakan kongsi dalam entiti perniagaan BME.

Datin Seri Putik Wanida ialah saksi defendan pertama dan Putra Mohd Hasif Mohammad Amir ialah saksi defendan kedua.

Pengakuan itu terpaksa dibuat oleh saksi defendan ketiga selepas disoal oleh Izwan yang pada mulanya, saksi ini enggan menjawab soalan apakah hubungan di antara ketiga-tiga mereka.

Izwan menjelaskan kepada saksi defendan ketiga bahawa jawapan daripada saksi perlu untuk catatan mahkamah.

BME dituntut oleh plaintif selepas mereka gagal menjalankan obligasi sebagai salah satu penaja dalam program pertandingan realiti televisyen, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.

Program tersebut diterbitkan oleh stesyen penyiaran Astro dan GV pada musim keempat, dimenangi oleh Aishah manakala tempat kedua, dimenangi oleh penyanyi Liza Hanim dan ketiga, Lan Solo.

BME sebagai salah satu penaja hadiah GV4 diuar-uarkan menaja hadiah sebidang tanah lot banglo kepada pemenang-pemenang.

Tahun ini masuk tahun kelima selepas GV4 diadakan dan hadiah yang dijanjikan oleh BME itu tidak diserahkan kepada pemenang-pemenang GV4.

Tahun depan adalah tahun keenam dan penaja jika tidak dituntut di mahkamah, time period akan lapse dan penaja boleh melepaskan diri daripada kontrak penajaan dan obligasi untuk menyerahkan hadiah tersebut.

Hanya Aishah, Juara GV4, menuntut hadiah sebidang tanah lot banglo daripada BME di mahkamah.

Manakala Liza Hanim dan Lan Solo tidak bertindak di lunas undang-undang untuk menuntut hak mereka sebagai
Naib Juara dan pemenang tempat ketiga GV4.

Terdahulu, empat saksi di pihak plaintif termasuk Aishah sebagai saksi pertama telah tampil memberi keterangan masing-masing.

Tiga lagi saksi plaintif yang telah tampil di mahkamah ialah Penolong Penerbit Astro, Shamsul Shamsudin, Perancang Bandar Berdaftar, Raymond dan Pengacara GV4, Nabil Ahmad.

Izwan memulakan pemeriksaan balas terhadap saksi defendan ketiga dengan merujuk kepada dokumen Ikatan Bersama iaitu artikel tentang Bina Group sebagai penaja GV3.

Ikatan Pleading, saksi akui dihubungi wartawan yang bertanyakan tentang penajaan tanah lot banglo.

Tajuk artikel, saya pun artis. Tak kan saya nak tipu tanah lot tu-Amir Pearl. Saksi mengakui dia memberi kenyataan itu kepada wartawan sewaktu dia dihubungi.

“Saya berjanji akan bertanggungjawab dalam kes ini dan akan pastikan hadiah tersebut sampai ke tangan pemenang.” (artikel MStar Online). Saksi setuju itu quotationnya.

Izwan: Datuk bukan pemilik syarikat BME, entiti berasingan. Datuk ialah Pengarah Urusan dan Operasi sahaja, wakil syarikat. Bukan pemilik. Datuk setuju tak, secara entiti general rule, dalam bidang perniagaan. Bila BME menaja GV4, BME yang taja, bukan Datuk. Setuju?

Ya betul, kata saksi.

Izwan: Tak serah hadiah kepada pemenang, itu adalah tanggungjawab BME, setuju Datuk?

Tidak benar, kata saksi.

Izwan: Bila Datuk berjanji, saya, bukan BME, akan bertanggungjawab, pemenang akan terima hadiah.  Datuk sebenarnya berjanji. Setuju tak?

Tak, saya wakil BME, jawab saksi.

Semasa artikel ini dikeluarkan, syarikat BME sudah ditutup. Dah expired, kata Izwan.

Baik, kata saksi.

Izwan: Kalau company dah tutup, dah expired, macamana Datuk wakil syarikat?  Datuk bagi jaminan peribadi, Datuk akan selesaikan.

Tidak setuju, kata saksi.

Izwan: Datuk setuju tak kalau satu-satu syarikat dah expired, tak boleh jalankan perniagaan secara sah. Ini SSM.

Ya betul, kata saksi.

Izwan: BME syarikat pada tahun 2018 dah tutup. Datuk hanya sebagai Pengarah Urusan dan Operasi, bukan pemilik syarikat, jadi jawatan itu terbatal. Setuju?

Ya, kata saksi.

Dalam ertikata lain, Datuk tak ada kena mengena dengan BME selepas syarikat itu expired. Setuju?, kata Izwan dalam pemeriksaan balasnya terhadap saksi defendan ketiga, Datuk Seri Mohd Amir yang juga seorang artis, vokis kumpulan Pearl.

Okay, kata saksi.

Izwan: Jawap bukan okay. Datuk setuju atau tidak?

Setuju, kata saksi.

Izwan: Tengok 9/12/2019 tarikh gran. Semalam Datuk pung pang pung pang kata, sehari sebelum tu, ada call pejabat tanah.
Company expired 2018. Datuk tak ada kena mengena lagi dah dengan syarikat tersebut. Serah hadiah bukan Datuk tapi BME.

Selepas company dah expired, tindakan, action, itu jaminan peribadi Datuk tunjuk masih bertanggungjawab beri hadiah kepada pemenang.

Jawab saksi: Jaminan peribadi, tidak tapi sambung kerja. Jalankan tugas saya.

Izwan: Selepas company expired, tak ada elaun, tak ada gaji, Datuk masih lagi bersusah payah pasal hadiah ini. Datuk setuju tak, Datuk bertanggungjawab atas hadiah ini.

Ya, kata saksi.

“Bila sesuatu perkara dalam syarikat itu saya yang uruskan. Tak selesai walaupun syarikat tutup, waimah saya guna ahli keluarga sendiri atau bapa saudara sekalipun, saya bertanggungjawab dengan syarikat yang saya uruskan. Yang penting saya jalankan tanggungjawab saya yang telah saya dan syarikat janjikan,” jawab saksi kepada soalan Peguam Izwan.

Izwan: Datuk kata, saya dan syarikat. Bermakna Datuk bertanggungjawablah secara peribadi untuk sediakan hadiah. Setuju atau tidak?

“Ya, saya setuju,” kata saksi.

Izwan kata: Syarikat dah gulung tikar, dah tutup. Datuk free to walk tapi tidak. Itu tindakan yang tidak munasabah (un-reasonable).

Saksi defendan pada ketika ini hanya diam tidak menyatakan setuju atau tidak dengan kenyataan Izwan.

Perjumpaan Datuk pada 16 September 2018 di Bukit Jalil, Datuk pergi dengan kawan, bukan Putik dan Putra (pemilik syarikat BME dan juga sebagai defendan pertama dan kedua).

Rakan kongsi syarikat dalam BME, owner syarikat, defendan lertama dan kedua, juga tanggungjawab terhadap hadiah yang tidak diserahkan lagi kepada pemenang. Setuju atau tidak?

Setuju, jawab saksi.

Izwan: Sepatutnya dalam perjumpaan itu, defendan pertama dan kedua dibawa sekali oleh Datuk.

Saya ada tanggungjawab yang tidak diselesaikan sewaktu… jawab saksi.

Saksi tetap tidak setuju tanpa bawa pemilik yang ada tanggungjawab sebenar, pemilik dua ini ada tanggungjawab utama serah hadiah.

Izwan: Datuk tunjuk ada tanggungjawab personal terhadap. Datuk sibuk-sibuk lagi (maaf Puan Hakim),  action, conduct, beli tanah atas nama Datuk, syarikat dah tutup, pergi perbincangan tak bawa dua owner… Bertanggungjawab memastikan hadiah sampai ke tangan pemenang. Ayat Datuk sebenarnya seiring dengan tindakan.
Dari segi ayat ini di muka surat 8, betul atau tidak. Datuk kata,
Saya berjanji akan bertanggung jawab terhadap kes ini dan akan memastikan hadiah ini sampai ke tangan pemenang.

Ya, betul, kata saksi.

Izwan: Datuk kutuk artikel MStar, kutuk kata berat sebelah tapi semalam Datuk rujuk, berpegang kepada artikel MStar.

Saya rujuk pasal Budi Group, kata saksi.

Izwan: Maknanya Datuk berat sebelah, selwktif. Kalau sokong Datuk, oh ini bukti.

Tidak, jawab saksi.

Izwan: Kalau tidak, Datuk tak boleh rujuk pada artikel ini. Berat sebelah. Saya tak rujuk pun lada artikel ini, tapi Datuk yang tunjuk artikel, ini bukti. Datuk nak mengelak in all possible way. Setuju?

Saya tak setuju, kata saksi.

Izwan: Baca dan tunjuk fakta yang mana berat sebelah dan tidak boleh jadikan bukti.

Puan, wartawan boleh tulis apa sahaja walaupun tidak benar, bukan daripada saya.

Hakim: Cross refer pleading pernyataan dalam pembelaan saksi defendan ketiga, penerbitan itu berat sebelah. Itu soalan peguam. Saksi faham ya soalan peguam. Saya juga artis tak kan saya tipu…saya penaja.. Jadi berdasarkan artik artikel tersebut, berat sebelah.

Tunjuk yang mana berat sebelah.

“Okay Puan kalau tajuknya, seolah olah saya menipu. Dalam artikel itu jelas, GV3 pun selesai.

“Awal-awal lagi saya dituduh menipu tentang lot tanah. Dia penulis boleh tulis apa sahaja tentang saya. Dia tak tanya saya betul-betul. Orang lihat saya tak nak selesaikan masalah artis artis tersebut.

“Sepatutnya dia tulis, saya akan selesaikan kes tanah. Bukan tulis, tak kan saya nak tipu. Perkara yang lepas sudah saya selesaikan.

“Dan saya tidak mengarahkan pun Kharami Hashim untuk menulis perkara ini.

“Adakah Datuk penipu? Tak ada pun dia tanya kepada saya. Jelas dia tahu saya selesaikan hal GV3 dan hadiah kali ini, lambat sedikit,” kata saksi kepada mahkamah.

Izwan mempertahankan tugas wartawan apabila saksi defendan ketiga berkata, dia tidak mengarahkan Kharami Hashim, wartawan MStar Online untuk menulis tentangnya.

Izwan: Temubual dengan wartawan, saya yang bukan wartawan pun tahu, wawancara itu bukan untuk disimpan dalam laptop atau koleksi peribadi seperti stam collector.
Datuk, pleading Datuk 2020, baru lagi. Kes kita ni 2018. Julai 2021 penyata pembelaan. Datuk tulis seorang wartawan hiburan. Fakta tak ingat, tak ingat, sebenarnya Datuk selektif.

Tidak, kata saksi.

Masa Datuk buat pleading, mana Datuk dapat? Sekarang boleh ingat tak yang call Datuk itu ialah wartawan hiburan.

Dalam penyata pembelaan Datuk, bila Datuk Aishah tuntut, Datuk patut tulis yang betul, berdasarkan best knowledge yang kita ada.

Bila Datuk tulis benda ini, Datuk tahulah yang call Datuk, wartawan hiburan. Bila interview, mereka akan tulis.

Tak minta, tak suruh dia tulis. Action Datuk diinterview wartawan, tak payah suruh. Dia orang akan tulis.
Datuk kata dalam salah satu perkataan Datuk, tak suruh diaorang tulis artikel.

Saksi jawab, ya.

Izwan: Sebelum saya bangkitkan, berkata, rujuk, pleading berat sebwlah. Saya pun artis, tak kan saya nak tipu-Amir Pearl. Datuk setuju.
Tadi, saya ada catat, Adakah benar saya kata begitu? Dia letak didepan, tak patut guna perkataan tipu. Bila saya tanya, tak ada Datuk bangkitkan perkataan tipu. Adakah benar saya berkata begitu. Datuk, perkataan Datuk, inconsistent.
Tadi saya tunjuk Datuk bukan saya petik. Bila dah setuju Datuk kata artikel berat sebelah, Datuk kata adakah saya kata begitu.

I put to you, Datuk membangkitkan isu perkataan tipu yang ditulis oleh penulis artikel selepas Datuk berasa goyah selepas saya tunjuk muka surat 18 penyataan lembelaan atau pleading belaan selepas datuk beberapi kali merujuk kepada artikel itu.
Sudah rasa goyah bila saya tunjuk muka surat 18
Sekiranya sesuatu penerbitan itu berat sebelah, tidak boleh dijadikan bahan bukti.
Sekiranya satu satu artikel adalah berat sebelah ia tidak boleh dijadikan bahan bukti dalam mahkamah.

Tak setuju, jawab saksi.

Izwan: Kalau tak setuju, maknanya kalau artikel itu tak fair, berat sebelah. Ada suratkhabar yang pro parti ini. Ada yang fair reporting. Datuk faham terma ini? Jadi kalau artikel ini berat sebelah, ia tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah. Setuju, Datuk?

Setuju, kata saksi.

Artikel ini sebenarnya tak berat sebelahpun, kata Izwan.

Jawap saksi, tak setuju.

He is blowing hot and cold. He is selwmtif. Kalau not on his side, tak ingat, tak betul. Effect his credibility, kata Izwan.

Hakim: Tapi saya tak dapat jawapan lagi daripada saksi. Artikel ini sebenarnya tidak berat sebelah semalam tentang Budi Group. Saksi faham soalan? Kalau asyik bertukar-tukar jawapan, ia speaks not well. Ia beri nilai kepada mahkamah. Jadi cadangan peguam, artikel ini tak berat sebelah. Setuju atau tidak?

“Setuju,” akhirnya kata saksi defenden ketiga kepada mahkamah.

Izwan: Pertemuan plaintif, peguam Aishah dan dua pemenang GV4 dengan Datuk, saksi defendan ketiga di Bukit Jalil.

Permohonan striking out, buang kes, yang patut disaman ialah Astro. Bulan Okt 2021, Datuk sain afidavit. Masuk dan Datuk dah reply afidavit.
Patut, sepatutnya dah tahu.

Tak tahu, kata saksi.

Izwan: Datuk tak saman artikel MStar kalau artikel tak betul, ada buat laporan polis terhadap MStar Online terhadap artikel kalau ada apa-apa yang tak betul?

Tak ada, kata saksi yang tidak juga buat apa-apa tindakan menghubungi MStar Online untuk betulkan, buat penambahan pada artikel itu.

Artikel Beautiful Nara oleh penulis, Abang Nara dirujuk.

Kata Izwan, “pihak Aishah membalas striking out permohonan Datuk, jawapan ini diikrarkan pada 17 Ogos 2021, afidavit ini dijawab. Jadi lepas afidavit ini, Datuk tahu artikel ini wujud. Ada Datuk buat laporan polis, hubungi Abang Nara, hubungi Beautiful Nara ke, hantar surat tuntutan, saman ke, kalau tak betul dan selepas Aishah balas afidavit jawapan, bergantung kepada artikel ini.

“Datuk tahu tak kalau ada sesuatu yang tak betul, Datuk kena buat sesuatu.”

“Tak setuju. Tak ada,” kata saksi memberikan jawapan.

“Sekiranya ada salah dalam artikel, ada salah faham, ada tak betul, biar sahaja. Tak perlu buat ralat,” kata saksi menjawab soalan Peguambela plaintif, Izwan.

Soalan tentang location, muka surat 14, 310k, selangor ampang, kampung cheras baru. Iklan ini untuk tanah banglo. Ada mention, harga, location, kuasan.

Iklan muka surat 16, Property Guru. Website jual hartanah, rumah, khas untuk property. Seksyen 30 Shah Alam, Tanah lot banglo, 360,000 keluasan 4,000 sq atau kaki persegi.

Rujukan Mudahdotmy. Sama. Tanah lot banglo berhampiran Sungai Merab, Bangi, Selangor. 4,500 kaki persegi.

“Dari Aishah menang GV4 2017 sehingga ke hari ini, 10/8/2022, Datuk ada cuba serah lot berkeluasan 2,600 kaki persegi. Ada Aishah menolak. Nal serah, Aishah menolak. Ada tak?,” soal Izwan.

Oh tidak, jawab saksi.

Izwan: BME ada tanggungjawab, obligasi sebagai penaja untuk serah hadiah kepada pemenang, Aishah.

Ya, setuju, kata saksi.

Mahkamah berhenti rehat sebentar. – SM

(Visited 371 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button