Politik

Modal akhir berkempen sebelum 12 malam ini

HARI ini hari terakhir untuk calon-calon Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), parti PEJUANG, MUDA dan calon yang bertanding atas tiket Bebas menjalankan kempen meraih undi.

Esok, 12 Mac ialah hari Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15.

Sebanyak 56 kerusi DUN dipertandingkan selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim mengumumkan pembubaran DUN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tempoh 60 untuk mengadakan pilihan raya.

Pada 26 Februari, baru-baru ini, nama-nama calon yang bertanding diumumkan oleh pemimpin masing-masing.

Segala bentuk kempen akan terberhenti pada pukul 12 malam ini dan esok pagi, rakyat Johor diseru agar keluar mengundi beramai-ramai.

Tidak kira pengundi muda, pengundi Saluran 1 ataupun mereka yang berada di luar Johor, Baliklah dan tunaikanlah tanggungjawab masing-masing demi Bangsa Johor dan pembentukan sebuah kerajaan negeri yang baharu.

Untuk rekod, pada 8 Mac baru-baru ini, telah dijalankan undi awal PRN Johor.

Pada sebelah tengah hari ini nanti, calon PH dari PKR akan hadir ke studio SUARA MERDEKA untuk ditemubual secara langsung. Beliau ialah Napsiah Khamis, calon N47 DUN Kempas.

CALON N45 DUN Stulang, Youis Yap

Sementara calon yang mewakili Perikatan Nasional, N45 DUN Stulang, Yous Yap pula memulakan aktiviti menyantuni penduduk di kawasan DUN yang ditandinginya sejak pukul 8 pagi lagi.

Menurut pegawai medianya, Charles Subramaniam, pada pukul 10 pagi ini, diadakan program Pelepasan Konvoi Bermotor oleh Yap.

Ini diikuti dengan program Gerak Gempur Demi Bangsa Johor yang menyaksikan pengedaran risalah dan poster Youis Yap.

Menurut Charles, program gerak gempur tersebut dibahagikan kepada 4 zon iaitu:
ZON 1

  1. Kg Dato Sulaiman Menteri
  2. Flat Hajah Hasnah/Setanggi/ Flat Bayu

ZON 2

  1. Kg Bakar Batu
  2. Flat Sri Stulang
  3. Flat Taman Iskandar

ZON 3

  1. Pelangi
  2. Sentosa
  3. Sri Tebrau

ZON 4

  1. Lumba Kuda
  2. Bukit Chagar
  3. Bukit Senyum
  4. Stulang Laut

Video cara-cara nak mengundipun diedarkan oleh calon seperti Mazlee Malik. Dalam video itu para pengundi diajar bagaimana tatacara untuk mengundi dan yang penting, jangan lupa bawa kad pengenalan. Kad-kad lain, tidak diterima. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button