“Misi Diari Kempen Saya Adalah Perkenalkan Diri Sebagai Calon Perikatan Nasional” – Shazani
Alhamdulillah selesai program turun ke lapangan Pasar Rabu, Bandar Baru Ayer Hitam bersama ahli gerakan Perikatan Nasional.
Sepertimana yang kita ketahui, Pasar Rabu pada asasnya menjual pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak sesuai untuk semua peringkat umur.
Oleh yang demikian, ia menjadikan Pasar Rabu sebuah tempat tumpuan orang ramai sejak dulu lagi.
Misi diari kempen saya adalah untuk memperkenalkan diri sebagai calon yang akan bertanding dibawah Parti Perikatan Nasional.
Justeru itu,saya mengambil peluang ini untuk beramah mesra dan mendengar keluh kesah para peniaga ketika dunia dilanda pandemik.
Memandangkan ini adalah sumber pendapatan utama para peniaga, mereka menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan dengan kos sara hidup yang tinggi berbanding dahulu.
Syukur Alhamdulillah mereka telah kembali berniaga seperti biasa dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Saya doakan semoga mereka sentiasa berada dalam Rahmat Allah swt, dijauhkan dari segala musibah terutama wabak covid-19 dan dipermudahkan segala urusan.
Kredit: Shazani N20 DUN Semarang