Nasional

Minyak pelincir kenderaan tiruan berjenama Shell dirampas

MINYAK pelincir kenderaan tiruan berjenama Shell dirampas dalam satu serbuan di sebuah gudang di Taman Industri Subang Jaya, Selangor semalam.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, kesemua minyak pelincir yang dirampas itu bernilai RM 111,300.00.

“Operasi dijalankan hasil aduan pemilik cap dagangan dan risikan selama hampir dua bulan untuk mengesan lokasi pembuatan bahan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di gudang berkenaan berjaya menemukan pelbagai jenis minyak pelincir seperti Transformer Oil, Compressor Oil, Truck & Heavy Duty Engine Oil, Greese, dan Slideways Oils untuk kegunaan kenderaan berat, dianggarkan berjumlah 10,040 liter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Iskandar Halim, pihaknya juga menemukan mesin pencetak yang disyaki digunakan untuk menghasilkan label jenama produk tersebut.

Jelasnya, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 34 dan 53 tahun yang berada di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kesemua minyak pelincir itu akan dipindahkan secara manual ke dalam tong berkapasiti 20 liter.

“Tong minyak itu kemudian akan dijual di sekitar Lembah Klang dengan harga lingkungan harga RM185 hingga RM240,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 101(b) Akta Cap Dagangan 2019 dan Seksyen 5(a) Akta Perihal Dagangan 2011. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button