Hiburan

Minyak naik subsidi tiada, Che Ta cadang naik basikal

Pelakon dan usahawan terkenal atau lebih mesra dipangil Che Ta meluahkan secara sinis terhadap isu perkembangan semasa yang berlaku kini.

Iaitu berkaitan isu minyak diesel naik dan ketiadaan subsidi lagi oleh kerajaan, Che Ta berseloroh mencadangkan naik basikal dengan nada guruan.

 

‘’Aku rasa macam nak naik basikal je lepas ni. Minyak naik, diesel naik, subsidi dah kena potong. Mari kita berbasikal,” ujarnya sinis.

Dalam pada itu isteri kepada Zain Saidin itu juga kesal dengan segelintir individu yang tidak segan silu berkongsi secara terperinci mengenai perkara yang tidak sepatutnya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga menganggap ramai individu yang dilihat semakin hilang rasa malu dengan menceritakan secara umum mengenai perihal peribadi.

“Risau zaman ini ramai dah kurang rasa malu! Semua benda lah nak canang biar satu dunia tahu terkoyak ke, terjahit ke, terjelir ke.

“Ya Allah zaman sekarang ni sampai dah tak ada perasaan malu langsung. Takkan lah kita beranak jahit tak jahit pun kita pergi tunjuk dekat orang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button