Ekonomi

Minetech Resources peroleh kontrak RM16.1 Juta daripada Mah Sing

Minetech Resources Berhad (Minetech), mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Minetech Construction Sdn Bhd (MCSB), telah menerima Surat Anugerah ( LOA) daripada MyVilla Development Sdn Bhd (MyVilla), anak syarikat Mah Sing Group Berhad.

ia bagi menaik taraf dan membina jalan luar dan saliran untuk projek M Nova di Kuala Lumpur. Kontrak itu bernilai RM16.1 juta.

Projek M Nova membabitkan pembangunan 2,080 unit pangsapuri merentasi tiga blok di Jalan Lingkaran Tengah II, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Projek ini akan dilaksanakan dalam dua fasa, di mana Fasa 1 terdiri daripada Menara A & B dengan 624 unit pangsapuri setiap satu, manakala Fasa 2 terdiri daripada Menara C, dengan jumlah keseluruhan 832 unit pangsapuri.

Pengerusi Eksekutif Minetech, Abang Abdillah Izzarim berkata, mereka berbesar hati kerana telah dianugerahkan kontrak penting ini daripada MyVilla Development. Projek ini bukan sahaja mengukuhkan perkongsian kami dengan Mah Sing Group tetapi juga menekankan keupayaan kami dalam menyampaikan perkhidmatan pembinaan berkualiti tinggi. Kami komited untuk melaksanakan projek ini dengan cekap dan pada standard tertinggi, menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan kami dan mengukuhkan kedudukan kami dalam industri.”

Pada pukul 5 petang 3 Julai 2024, harga saham Minetech ditutup pada RM0.150, mencerminkan modal pasaran RM267.7 juta. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button