Ekonomi

Minetech Dianugerahkan Projek Kerja Jalan Raya RM6.75j

PETALING JAYA 22 Jun – Minetech Resources Berhad (“Minetech” atau “Syarikat”), pakar kejuruteraan awam dan pengeluar produk bitumen, mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Minetech Construction Sdn Bhd, telah dianugerahkan kontrak RM6.75 juta oleh VED Engineers Sdn. Bhd. untuk pembinaan sistem jalan dan saliran serta kerja sampingan lain.

Projek tersebut dijangka siap dalam tempoh lima bulan dari tarikh permulaan, merupakan sebahagian daripada projek Fasa 1 Taman Perindustrian Banting yang terletak di Kuala Langat, Selangor.

Projek ini juga dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan, pendapatan dan aset bersih Minetech bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 (“FY2024”).

Pengarah Eksekutif Minetech Matt Chin berkata, pihaknya terus melihat aliran pekerjaan yang stabil untuk perniagaan kejuruteraan awam yang, bersama-sama dengan perniagaan produk bitumen, kekal sebagai kunci kepada rancangan pertumbuhan dan prestasi kewangan Syarikat.

“Kami juga dianugerahkan projek kerja jalan raya bernilai RM2.56 juta pada bulan lepas. Daripada usaha kami ke dalam tenaga boleh diperbaharui (“RE”), kami menerima kontrak bernilai RM36.7 juta untuk pembangunan loji kuasa hidro mini 3MW di Besut, Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, syarikat kekal fokus untuk mengembangkan teknologi kewangan dan perniagaan RE yang merupakan sebahagian daripada fokus strategik serampang dua mata yang dimulakan pada 2020 dan pada masa yang sama, Minetech akan terus mencari peluang untuk perniagaan kejuruteraan awam dan produk bitumen.

“Prestasi kewangan kami terus bertambah baik dan bagi FY2023, EBITDA diselaraskan Syarikat bertukar positif,” ujarnya.

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button