Hiburan

Mia Sara jangan perasan cantik

Ciapan bukan sekadar trending

LAMA sungguh tak dengar cerita tentang Mia Sara. Siapa Mia Sara ni? Dulu, masa dia kecil-kecil, dia berlakon dengan Lisa Surihani. Memang comellah Mia Sara waktu tu.

Dia tinggal di Kota Damansara. Apabila dia sudah meningkat remaja, tiada tawaran berlakon untuknya dan kiranya dia menjadi pelakon kanak-kanak secara hit and run!

Berubah penampilan pada usia 12 tahun, kalau tak silap, nama Mia Sara tidak lagi meniti dari mulut ke mulut.

Eloklah begitu tetapi sikap Mia Sara yang memperlihatkan kesombongannya, meletupkan kembali namanya tetapi bukan sebagai pelakon sebaliknya di pentas media sosial.

Merasakan dirinya cantik dan menjadi ikutan rakan sebaya, Mia Sara silap apabila merasakan penampilannya menjadi ikutan remaja perempuan yang lain.

Sebenarnya, jika Mia Sara mendapat nasihat yang sewajarnya, dia tidak akan menciap sebaris ayat berbunyi begini, “Why does every girl wearing black shawl and eyeliner looks like me. I’m tired of getting tagged in random girls TikTok.”

Perasan sungguh Mia Sara dengan sebaris ayat yang membawa maksud, setiap remaja yang mengenakan shawl dan memakai celak mata menyerupai dirinya.

Dia juga mengatakan penat di’tag’ secara rawak di TikTok.

Memang Mia Sara mengundang kutukan netizen dengan sebaris ayat sombongnya di atas. Itulah sebabnya, netizen mempersoalkan apakah yang dimaksudkan oleh Mia Sara – looks like me.

Ini bukan mempersoalkan fesyen bershawl dan bercelak tetapi ciapan Mia Sara itu sudah cukup meletakkan dirinya sebagai seorang remaja yang sombong dan perasan!

Cantik adalah satu perkataan yang subjektif dan Mia Sara tidak harus merasakan orang lain menirunya untuk kelihatan cantik.

Cantik adalah kurniaan Allah SWT dan Mia Sara tidak harus mempersoalkan dengan mengatakan They can be pretty and look like themselves don’t need to look like me.

Maksud ciapan dan jawapan Mia Sara amat jelas dan tidak perlu nak korner baring. Straight forward Mia Sara tidak suka orang lain kelihatan seperti dirinya untuk menjadi cantik!

Kita tunggu Mia Sara ni dewasa sedikit. Mungkin ciapannya lebih bijak. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button