Nasional

Mesyuarat Kebinet tanpa kertas

MESYUARAT Kabinet hari ini berlangsung tanpa kertas sepenuhnya selepas melalui proses percubaan selama enam bulan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dalam hantara di twitter berkata, akhirnya hari ini Kabinet Malaysia tidak menggunakan kertas sepenuhnya.

Sebelum ini kata beliau, setiap kali sebelum mesyuarat mereka akan menerima sekotak kertas fizikal setiap mingu.

“Selepas proses transisi selama enam bulam di mana kami masih menerima sekotak kertas fizikal setiap minggu, hari ini tiada.

“Semuanya di dalam server yang boleh dicapai melalui peranti kami. Lebih baik lewat daripada tiada,” katanya.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button