Acara

Menteri Kesihatan mengadap Raja Perlis

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima mengadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan isteri, Datin Seri Azlin Hezri di Wad DiRaja, Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Berangkat sama ialah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Indera Dr. Nor Azimi Yunus dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr. Norhayati Rusli serta Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ghazali Chik.

Menteri Kesihatan itu berada di Perlis sempena majlis perasmian Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Karnival Perlis Hebat Kesihatan Milik Semua sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 DYMM Tuanku Raja Perlis serta perasmian tiga buah Klinik Kesihatan yang baharu iaitu Klinik Kesihatan Kampung Gial, Klinik Kesihatan Pauh dan Klinik Kesihatan Padang Besar yang disempurnakan oleh
Tuamku Pemangku Raja dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada sebelah paginya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button