Nasional

Menteri Kesihatan dimasukkan ke hospital

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dirujuk ke Jabatan Kecemasan awal pagi tadi kerana disyaki mengalami gejala “renal colic”.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya memaklumkan,Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” menurut kenyataan berkenaan.

Renal colic atau kolik buah pinggang adalah istilah perubatan untuk kesakitan yang mungkin dialami akibat batu karang.

Dzulkefly adalah naib presiden Amanah, menerajui Kementerian Kesihatan buat kali kedua susulan rombakan Jemaah Menteri Disember lalu.

Beliau kali pertama berkhidmat sebagai menteri kesihatan bawah kerajaan Pakatan Harapan dari Mei 2018 hingga Februari 2020. – SM

(Visited 15 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button