Nasional

Mengaku tidak bersalah, Ebit Lew diikat jamin RM11,000

PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew, 37, mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan terhadapnya termasuk gangguan seksual di Mahkamah Litar Tenom hari ini.

Memetik laporan ASTRO Awani, Ebit membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya dalam semua 11 pertuduhan terbabit.

Pendakwaan telah dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli manakala peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin mewakili Ebit Lew.

Majistret Nur Asyraf Zolhani yang mendengar pertuduhan kemudian menetapkan 20 April hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan secara tentatif ditetapkan pada Jun depan.

Dalam pada itu, Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan serta dua orang penjamin.

Terdahulu, Ebit yang berada di Sabah bagi menjalankan kerja amal tiba di perkarangan Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom pada pukul 9 pagi tadi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button