Hiburan

Menang Pelakon Filem Wanita Popular, tetapi berlakon filem apa?

WALAUPUN ramai yang mengecam penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 33) ketika kes Covid-19 sedang memuncak, sebenarnya ramai juga yang menonton siaran langsung tersebut.

Manakan tidak, ada beberapa perkara yang menjadi bahan bualan netizen berkenaan dengan penganjuran tersebut.

Satu daripadanya ialah kemenangan Mawar Rashid bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular.

Tambah menarik, Mawar atau nama penuh, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menewaskan pelakon popular wanita lain seperti Mira Filzah, Nur Fazura, Nabila Huda dan Erra Fazira.

Kalau diikutkan, nama-nama lain seperti Nur Fazura, Nabila Huda dan Erra Fazira sebenarnya lebih dikenali sebagai seorang pelakon filem.

Tetapi Mawar berlakon filem apa? Itu yang menjadi persoalan netizen kerana ramai yang tidak tahu langsung berkenaan kehadiran Mawar di bawah segmen filem.

Menerusi carian yang dibuat di laman sesawang, Mawar rupanya pernah membintangi filem berjudul Bu Kasih Suci yang diarahkan oleh seorang pengarah wanita iaitu Jeany Amir dan ditayangkan pada tahun lalu.

Dalam filem tersebut, Mawar membawakan watak sebagai Diana seorang wanita bekerja yang bercadang menangguh rancangan kehamilannya untuk menumpu kepada kerjayanya.

Namun, filem tersebut hanya berjaya mengutip keuntungan sekitar RM21,000 sahaja kerana tidak mendapat sambutan.

Mawar juga pernah membintangi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhlum Muzium arahan pengarah terkenal, Mamat Khalid.

Jadi, kesimpulan kepada kemenangan Mawar Rashid ini membuktikan yang sesiapa sahaja boleh menang kategori tersebut walaupun berlakon satu filem sahaja.

Apa yang penting ialah undian daripada peminat kerana harus diingat, ABPBH adalah anugerah yang meletakkan 100% kemenangan di atas undian peminat.

Rasanya kalau Datuk Seri Siti Nurhaliza berlakon filem, mesti tiap-tiap tahun dia menang kategori tersebut. Maklumlah, berapa pula peminat Siti di negara ini kan. -SM

(Visited 1,637 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button