Nasional

Menang majoriti 37,220 undi di Kemaman bukti Pas lemah dan tidak relevan?

Kemenangan besar PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman memberi ‘isyarat’ rakyat mula menolak parti lawan.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas lanjut perkara itu kerana semua pihak boleh membuat tafsiran mereka berdasarkan keputusan PRK kali ini.

“Kita boleh tafsirkan begitu (tetapi) saya tak nak pergi lebih jauh lagilah tapi semua pihak boleh buat apa jua tafsiran.

“(Saya) tak tolak kemungkinan itu salah satu sebab (dan) mungkin kalau kita buat senarai bermacam-macam perkara yang timbul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas diumumkan sebagai Ahli Parlimen Kemaman di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berkata, kemenangan besar pada PRK kali ini menyuntik sokongan moral dan kepercayaan pengundi di Parlimen Kemaman.

Katanya, walaupun peratusan keluar mengundi tidak mencapai sasaran, pihaknya berpuas hati kerana mendapat majoriti yang lebih tinggi.

“Kita menjangkakan (peratusan) keluar mengundi itu sekitar 72 hingga 74 peratus, jadi walaupun kita tidak mencapai sasaran atas pelbagai sebab tapi Alhamdulliah daripada segi peratus yang diterima oleh parti lebih daripada jangkauan asal kita,” katanya.

Ketika ditanya fokusnya selepas memenangi kerusi berkenaan, Ahmad Samsuri berkata, tumpuan kini bukan sahaja tertumpu pada parlimen itu tetapi seluruh Terengganu.

“Insya-Allah, ada perkara yang berkait bukan sahaja dengan Parlimen Kemaman tapi dengan negeri Terengganu sendiri dan bagaimana sedikit sebanyak saya boleh bantu dengan ahli parlimen lain untuk kesejahteraan negara Malaysia, insya-Allah,” katanya.

Ahmad Samsuri menang pada PRK Parlimen Kemaman selepas memperoleh 64,998 undi iaitu dengan majoriti 37,220 undi.

Beliau menewaskan calonBN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang hanya memperolehi 27,778.

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button