Mahkamah

Memandu dibawah pengaruh alkohol: Pemandu Australia didenda RM5,000

DUA kali melakukan kesalahan yang sama. Memandu dibawah pengaruh alkohol dan kali ini didenda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini terhadap seorang ahli perniagaan Australia selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Majistret Puteri Nursheila Rahimi turut mengarahkan supaya lesen memandu tertuduh, Benjamin Simon Casha, 47, digantung selama dua tahun.

Memetik laporan BERNAMA, Simon didakwa memandu dibawah pengaruh alkohol dengan bacaan 96mg dalam 100ml darah yang merupakan angka melepasi paras yang dibenarkan iaitu 80mg dalam 100ml darah.

BACA>Hukuman baharu pemandu mabuk dibentang dalam sidang Parlimen ini

Tertuduh melakukan kesalahan itu Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 11.15 malam, 15 Jun lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM6,000 dan boleh dipenjara sehingga 12 bulan.

BACA>Hukuman mati pemandu mabuk ikut undang-undang sedia ada

Pegawai Pendakwa, Inspektor Abdullah Khazali menggesa mahkamah mengenakan hukuman keras memandangkan ini adalah kesalahan kali kedua dilakukan oleh tertuduh.

Simon yang tidak diwakili peguam, memohon maaf dan merayu dikenakan denda minimum. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button