Hiburan

Kerana Neelofa, Melayu trending di twitter

DAKWAAN Neelofa bahawa susu pisang keluarannya dijadikan isu akibat daripada sikap sesetengah orang Melayu yang didakwanya mahu menjatuhkan bangsa sendiri telah menyebabkan perkataan `Melayu’ trending di twitter.

Rata-rata netizen mengkritik kenyataan Neelofa kerana menggunakan perkauman dalam berhujah dan mempertahankan produknya.

Malah Dr. Amalina yang turut memberikan respon kepada kenyataan Neelofa ini berharap semua orang berhenti menggunakan kaum sebagai alasan.

Katanya, ia tentang integriti, etika dan tanggungjawab.

“Apa yang salah tetap salah. Berani kerana benar, takut kerana salah,” demikian hantaran Dr. Amalina di twitter.

Pemegang akuan twitter dengan nama Syafi berkata, Neelofa tidak perlu meletakkan dirinya serendah itu dengan memainkan sentimen kaum.

“Awak bijak, awak mampu untuk mengupah pasukan penyelidik dan malah memastikan apa sama ada awak patut pasarkan atau tidak.

“Ini bukan Melayu jatuhkan Melayu. Cukupkan dengan permainan kaum,” tulisnya.

Ada banyak lagi komen-komen yang mengkritik Neelofa kerana tindakannya menggunkan istilah Melayu menjatuhkan Melayu.

Ini menjadikan perkataan Melayu termasuk dalam bahasa Inggerisnya ‘Malay’ trending di twitter. \

Aktres itu dalam respon kepada Malaysiakini kecewa dengan isu susu pisang dan menganggap hal itu berpunca daripada sikap sesetengah orang Melayu yang didakwanya mahu menjatuhkan bangsa sendiri.

Pengacara dan pelakon itu berkata, dirinya yang julung kali berkecimpung dalam perniagaan berasaskan makanan dan minuman (F&B) wajar diberi peluang menapak terlebih dahulu dan bukannya dikecam tanpa usul periksa.

“Bangsa lain semua (mungkin) tengah tepuk tangan sebab anak Melayu nak berniaga tapi kita sesama bangsa (sebaliknya) menjatuhkan dan tutup peluang.

“Saya rasa banyak lagi produk di luar yang tak menepati piawaian tapi hanya kerana saya ada nama dalam industri dibuat begini.

“Itu sebab saya sedih orang Melayu nak jatuhkan Melayu. Saya rasa sikap tu perlu tukar,” katanya.

Menurutnya, dia juga berasa kecewa dan terkilan apabila banyak pihak menokok tambah isu berkenaan.

“Mana sokongan? Kalau nak lebih ramai anak Melayu berjaya ni bukan sikap yang kita mahukan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial produk jenama Nilofa itu didakwa antaranya mampu mengurangkan obesiti, tekanan darah dan meningkatkan kadar metabolisma.

Netizen berpendapat produk berkenaan tidak mampu memberikan khasiat kesihatan seperti yang didakwa berikutan mempunyai kadar kandungan gula yang tinggi.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya memberi amaran semua penjual atau ejen-ejen produk makanan agar menghentikan pengiklanan yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button