BeritaNasional

Beri peruntukan bina wad kecemasan sama banyak seperti anjur APEC, IYLC – Zaid Ibrahim

KEMUDAHAN kesihatan di negara ini sangat menyedihkan dan menteri yang terbabit perlu memperkenalkan langkah-langkah radikal untuk mengatasinya, kata bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Katanya, menteri kesihatan perlu memohon lebih banyak peruntuk untuk mempertingkatkan kemudahan itu.

Menteri kesihatan katanya, kena minta peruntukan tambahan yang sama banyak dengan apa dibelanja untuk menganjurkan APEC dan Persidangan Kepimpinan Belia Antarabangsa (IYLC).

“Kemudahan kesihatan awam di negara ini menyedihkan. Boleh tak menteri memperkenalkan langkah yang lebih radikal? Dan minta lebih banyak wang.

“Minta jumlah tambahan yang sama banyak dengan apa yang kita belanja untuk menganjurkan APEC dan Persidangan Antarabangsa Belia untuk wad-wad kecemasan,” kata Zaid dalam hantaran di twitter.

Malaysia dijadualkan akan menjadi tuan rumah kepada APEC tahun depan dengan jangkaan akan dihadiri oleh 1,600 delegasi termasuk ketua-ketua kerajaan. – SM

 

(Visited 51 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button