Melampau seret UMNO dalam pergaduhan pemilihan Armada, kata Asyraf
TINDAKAN Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menuduh UMNO mendalangi sekumpulan pemuda mencetuskan huru hara program Rapat Umum Armada malam tadi disifatkan sebagai melampau.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa tuduhan tersebut tidak wajar kerana pergaduhan yang berlaku dalam kalangan Armada kerana pemilihan parti.
“Melampau kamu Syed Saddiq! Kamu bergaduh sama sendiri musim pemilihan Armada, kamu tuduh UMNO yang cetuskan.
Kalau berani buat laporan polis dan tulis terang-terang tuduhan kamu seperti dalam FB ini. Mudah kami Pemuda UMNO menyaman kamu buat laporan palsu,” kata Asyraf Wajdi.
Syed Saddiq hari ini mendakwa UMNO menjadi dalang
mencetuskan huru hara program Rapat Umum Armada malam tadi.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, tindakan kumpulan itu sangat ganas dan merbahaya.
Gambar Syed Saddiq melarikan diri menggunkan lorong tikus, meredah belukar dan memanjat pagar daripada kumpulan terbabit viral di media sosial hari ini.
Aksi Syed Saddiq memanjat pagar turut menjadi tajuk perbualan di media sosial hari ini.
Ketua Pemuda Pakatan Harapan itu berkata, pihaknya telah membuat laporan polis mengenai perkara ini.
“Sudahlah kes dengan saudara Azri Papagomo dulu kamu tuduh beliau mencekak leher sehingga tisu terkoya masih berjalan di mahkamah.
Tunggulah pula saman kedua jika kamu terus menuduh UMNO yang menyebabkan kamu lompat pagar malam tadi,” kata Asyraf Wajdi.-SM