Nasional

MB minta perkenan Sultan Perak bubar DUN

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Muhamad akan memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, untuk membubarkan dewan undangan negeri esok.

“(Saya) akan menghadap DYMM Tuanku pada petang Rabu,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

ADUN Kota Tampan itu berkata DUN hanya akan dibubarkan sebaik sahaja Sultan Nazrin memberi perkenan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen secara berkesan serta-merta, membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dengan ini, negara perlu keluar mengundi dalam tempoh 60 hari akan datang dari semalam.

Saarani dilantik sebagai menteri besar ke-14 pada 9 Dis 2020, beberapa hari selepas beberapa siri peristiwa yang membawa kepada kebuntuan politik dalam kepimpinan negeri.

Pelantikan menteri besar baharu itu dibuat selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan apabila hilang undi percaya di Dewan Undangan Negeri pada 4 Dis 2020.

Ahmad Faizal melihat hanya 10 daripada 59 Adun menyokongnya, dengan 48 menentang usul itu, dan seorang berkecuali.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button