Jenayah

Mayat wanita warga emas ditemukan maut dalam longkang

Mangsa dilaporkan hilang selama 8 hari

SELEPAS lapan hari dilaporkan hilang oleh keluarganya, seorang wanita warga emas berusia 76 tahun akhirnya ditemukan di dalam longkang di hadapan sebuah rumah di Serdang Raya, semalam.

Mayat wanita itu ditemukan oleh seorang wanita yang terhidu bau busuk yang datangnya dari arah dalam longkang berkenaan sebelum dia membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, siasatan awal mendapati, tidak terdapat sebarang senjata di lokasi kejadian.

“Pihak petugas kesihatan serta forensik telah melakukan pemeriksaan fizikal dan tidak menemukan sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ismadi, siasatan lanjut juga mendapati, satu laporan polis telah dibuat ahli keluarga pada 28 Mei lalu berkaitan dengan kehilangan mangsa.

Jelas Ismadi, kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat akan dilakukan hari ini selepas ujian saringan COVID-19 diperoleh.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Balai Polis Seri Kembangan di talian 03-89486122. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button