KemalanganNasional

Mayat lelaki ditemukan terapung selepas bertengkar dengan ibu

Seorang lelaki ditemukan mati terapung dalam kolam takungan banjir Sungai Pinji Taman Indah, Tanjung Rambutan, Ipoh petang semalam.
Mangsa didakwa amat sedih dan marah kerana bertengkar dengan ibunya sebelum dilaporkan hilang oleh keluarganya.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata adik mangsa memberitahu mangsa ingin keluar dari rumah serta tidak ingin tinggal bersama-sama keluarga sebelum ditemukan maut di dalam kolam takungan tersebut.
Mayat Daniel Lau Khai Wen, 25,  dengan berpakaian t-shirt merah itu ditemukan seorang lelaki yang mahu memancing di kawasan berkenaan kira-kira 6 petang.
“Pihak keluarga sebelum itu telah membuat satu laporan polis berkenaan kehilangan si mati di Balai Polis Tambun,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk proses prosedur COVID-19 dan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button