Mawar Rashid gagal istiqomah
Menerusi media sosial Instagram pelakon dan usahawan terkenal, Mawar Rashid mohon maaf kerana gagal untuk meneruskan istiqomah, dia mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.
Mawar atau pemilik nama penuh, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menjelaskan telah mencuba sebaik mungkin untuk terus menutup aurat.
“Saya sudah cuba tapi saya gagal..Minta maaf,”tulisnya ringkas.
Aktres berumur 28 tahun itu juga, memuat naik dua keping gambar di depan cermin sambil menayangkan rambutnya yang diikat.
Sementara itu, isteri kepada Raf Yaakob juga bertindak menutup ruang komen di hantaran tersebut.
Manakala menerusi perkongsian di Instagram Story pula, Mawar memohon diberikan ruang dan bakal kembali aktif setelah bersedia.
Terdahulu, Mawar memutuskan untuk bertudung selepas hasrat itu terbantut sekian lama dan hidayah untuk menutup aurat itu tiba selepas dia menyertai kelas agama.
Mawar dan Raf berkahwin pada November 2017, hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Sri Riyanna Sayang.
Mawar juga turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Artikle Berkaitan:>
Mawar Rashid tukar penampilan, mula berhijab