Ekonomi

MATRADE lantik Mahmud Abbas, Irmohizam Ibrahim sebagai ahli lembaga

KUALA LUMPUR, 16 Sept  — Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah melantik Datuk Mahmud Abbas dan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim sebagai ahli lembaga baharunya, berkuat kuasa 1 Sept, 2020.

MATRADE berkata Mahmud, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dari Brighton University, pada masa ini merupakan pengerusi Halal Development Corporation (HDC), dan mempunyai lebih 30 tahun pengalaman korporat, terutamanya dalam industri harta tanah.

“Beliau ialah ketua eksekutif Knowledge Economic City (KEC) sebuah syarikat pembangunan harta tanah penyenaraian awam di Madinah, Arab Saudi, dan juga merupakan pengarah urusan Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) selama tujuh tahun, sebelum menyertai KEC,” katanya.

Sementara itu, Irmohizam adalah pengarah eksekutif World Trade Center Kuala Lumpur dan pada masa ini bertugas sebagai penasihat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan ahli Lembaga Universiti Teknologi MARA.

“Bagi pihak Lembaga MATRADE, kami sangat gembira dan mengalu-alukan pelantikan ini. Bersama-sama, mereka akan membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan kerana MATRADE akan terus meneroka kaedah baru untuk membantu pengeksport Malaysia dan meningkatkan eksport terutama pada masa yang mencabar ini,” kata pengerusi Tan Sri Dr Halim Mohammad dalam satu kenyataan hari ini.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button