Nasional

Mat Sabu sepatutnya teguh dengan pendirian, kata Hishammuddin

TINDAKKAN Menteri Pertahanan Mohamad Sabu memakaikan Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat dan Tauliah Kehormat Askar Wataniah kepada orang awam termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini, dipertikaikan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut Ahli Parlimen Semberong itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sepatutnya berpegang teguh kepada pendirian untuk tidak meneruskan amalan memberi pangkat kepada orang awam.

“Sepatutnya, kalau betul tak nak bagi, berpeganglah kepada pendirian. Kenapa pula mesti ada pengecualian dan keistimewaan kepada orang yang berjawatan tertentu.

“Takkanlah hanya kerana orang-orang ini ialah penaung kepada Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw), terus dibolehkan?” soal Hishammuddin.

Jakpaw merupakan suatu jawatankuasa di peringkat negeri yang ditubuhkan di setiap negeri untuk menggalakkan rakyat menyertai Angkatan Simpanan Persekutuan (ASP).

Penaung Jakpaw di setiap negeri adalah Menteri Besar/Ketua Menteri. Penaung Jakpaw dilantik oleh Menteri Pertahanan menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) dengan diperuntukkan pangkat  Brig Jen (Kehormat).

Selain daripada itu, perjawatan Pengerusi Jakpaw dikhususkan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri. Perlantikan Pengerusi Jakpaw dibuat oleh Menteri Besar/ KetuaMenteri/Menteri Wilayah Persekutuan dengan diperuntukkan pangkat Kol (Kehormat).

Pada 19 April tahun lalu, Mat Sabu berkata, amalan pemberian pangkat kepada orang awal  akan dihentikan bagi menghormati jasa serta pengorbanan tentera yang bersusah payah berkhidmat dan mengelak pangkat serta gelaran itu direndahkan.

“Langkah itu mendapat sokongan Raja-Raja Melayu yang menjadi penaung kepada pelbagai cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Mereka (Raja-raja Melayu) amat mengalu-alukan langkah itu kerana penganugerahan ini boleh disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” kata Mat Sabu.

Selain Aminuddin orang awam yang turut menerima pemakaian pangkat yang berlangsung di Wisma Perwira ATM adalah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Datuk Dr. Razali Ab Malik.

“Tak sampai seminggu masuk tahun baru, Menteri Pertahanan dah mungkir janji lagi? Sebelum ni, bukan main tegas lagi Mohammad Sabu kata tidak akan ada lagi pangkat tentera untuk orang politik.

“Habis, ini apa? Menteri Besar Negeri Sembilan bukan orang politik ke? Julai 2019 hari tu, Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Melaka pun dipakaikan pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat),” sindir Hishammuddin.-SM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Tak sampai seminggu masuk tahun baru, Menteri Pertahanan dah mungkir janji lagi? Sebelum ni, bukan main tegas lagi Mohammad Sabu kata tidak akan ada lagi pangkat tentera untuk orang politik.

 

“Habis, ini apa? Menteri Besar Negeri Sembilan bukan orang politik ke? Julai 2019 hari tu, Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Melaka pun dipakaikan pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat).

 

Sepatutnya, kalau betul taknak bagi, berpeganglah kepada pendirian. Kenapa pula mesti ada pengecualian dan keistimewaan kepada orang yang berjawatan tertentu.

 

Takkanlah hanya kerana orang-orang ini ialah penaung kepada Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW), terus dibolehkan?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button