Politik

Maszlee banyak dosa kepada orang Melayu

DR. MASZLEE Malik mempunyai banyak dosa kepada orang Melayu sepanjang menerajui Kementerian Pendidikan dalam tempoh 20 bulan ini.

Tanpa menyebut `dosa-dosa’ berkenaan, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, justeru amat elok menteri tersebut meletak jawatan hari ini.

“Maszlee banyak dosa kepada orang Melayu… Sekarang kita tunggu siapa penggantinya… Untung sabut timbul,” kata Hasan kepada Suara Merdeka malam ini mengulas peletakan jawatan Maszlee yang dibuat atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr Maszlee hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan.

Dalam pengumuman itu, Maszlee mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri,  Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah memberinya peluang menerajui kementerian tersebut.


Maszlee berkata gara-gara dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan antara punca beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Antara yang menimbulkan krisis termasuk isu melibatkan Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma. -SM

 

 

(Visited 196 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button