Analisis

Masyarakat tidak peduli Hari Wartawan

SAYA menjadi wartawan kira-kira 30 tahun lamanya. Banyak “untold story” yang disimpan di dalam perut.

Saya masih aktif sebagai wartawan dan kami menjadi sebahagian daripada mereka yang melakar sejarah negara ini.

Wartawan seperti saya kalau buka mulut ramai yang akan pening. Namun, itulah bezanya wartawan dengan penulis lain.

Kami tidak meluahkan segalanya di dada akhbar dan pada kebanyakan masa kami makan hati daripada makan gaji.

Untuk menerbitkan akhbar setiap hari tanpa gagal, bukan kerja yang mudah dan hanya mampu dilaksanakan oleh mereka yang benar-benar komited dengan kerja.

Bagaimanapun hasil kerja itu jarang dihargai kerana masyarakat lebih menghargai benda-benda lain.

Di Malaysia baru masuk tahun kedua hari wartawan disambut besar-besaran berbanding negara tetangga ia merupakan acara tahunan sejak sekian lama.

Mungkin sambutan hari wartawan akan datang turut diadakan program membabitkan masyarakat dan bukannya wartawan berseronok sesama wartawan.

Setiap program yang diadakan pastinya matlamatnya selain untuk menjaga integriti dan kebajikan bidang kewartawanan, tetapi menarik masyarakat untuk turut terlibat.

Cara itu juga dapat memberi kefahaman kepada masyarakat tugas seorang wartawan dan bukan seperti yang digambarkan oleh drama-drama tempatan.

Saya juga meneliti respon masyarakat terhadap berita dan hantaran ke media sosial oleh para rakan media dan ternyata ia tidak menarik minat masyarakat.

Hantaran makanan akan lebih mendapat komen suka berbanding berkaitan hari wartawan.

Begitulah nasib wartawan.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button