Nasional

PM luluskan RM1 juta untuk Tabung Kasih @Hawana

TABUNG Kasih @Hawana bakal menerima peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membantu bekas pengamal media dan pengamal media yang ditimpa kesusahan.

Pengumuman dana tersebut dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Ipoh, hari ini.

“Sepatutnya saya bincang dulu dengan Menteri Kewangan tapi tak mengapalah, saya luluskan RM1 juta untuk Tabung Kasih @Hawana,” katanya sambil tersenyum.

Terdahulu dalam ucapannya, Anwar berkata, pengamal media harus merasai media dalam era baharu.

Perdana Menteri berkata, pengamal media diberi ruang dan kebebasan.

Bagaimanapun, kebebasan yang diberikan perlu ada nilai dan etika kewartawanan yang tinggi.

Asalkan tidak menyajikan bahan berita berunsur fitnah dan menggugat keselamatan, mencetus kegusaran kaum dan agama, kata Anwar.

“Pengamal media tidak menyebarkan atau mekarkan budaya pemikiran yang jumud.

“Kita tahu ada cubaan untuk memerangkap anak-anak muda dengan pemikiran yang dangkal dan jumud dan pengamal media harus runtuhkan tembok ini,” katanya.

Anwar turut meninginkan para pengamal media memeriksa kesahihan dan sumber sebelum sesuatu bahan itu diolah menjadi berita.

Hadir pada majlis Kemuncak Hawana 2023 ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. – SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button