Teknologi

Manusia Tak Diperlukan Dan Pekerjaan Bakal Lenyap Apabila Robot Mula Berkuasa

MALAYSIA antara negara yang sedang bergerak ke hadapan dalam perkembangan Revolusi 4.0.

Salah satu teras utama dalam Revolusi Industri 4.0 adalah kecerdasan buatan (Artificial Intellihence) atau AI.

Melalui AI, sesuatu sistem dihasilkan untuk mempelajari persekitaran dan menjadi pemacu kepada hubungan di antara manusia, peralatan fizikal dan dunia digital.

Selain itu, teknologi Robotik Automasi berkeupayaan untuk beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia.

Kini, beberapa restoren di Malaysia telah menggunakan robot sebagai penghantar makanan. Restoren pertama yang menggunakan robot ialah CH Premier Restaurant yang terletak di Kuching.

Sementara itu, di negara jiran, Taiwan dan Korea Selatan telah menggunakan robot di beberapa kafe bagi melakukan kerja seperti menyiapkan dan menyajikan makanan.

Penggunaan robot dikatakan boleh menjimatkan kos berbanding menggunakan tenaga kerja manusia kerana robot boleh berkerja 24 jam dan tidak perlu diberikan cuti.

Selain itu, penggunaan robot dapat menghilangkan kesilapan yang selalu dilakukan oleh manusia dan dapat juga mewujudkan aliran kerja yang tepat.

Penggunaan robot telah mewujudkan kebimbangan kepada masyaratkat kerana dikatakan robot mengambil alih pekerjaan manusia dan akan menyebabkan pengangguran secara besar-besaran.

Namun, menurut Pengarah serantau Asia-Pasifik Universal Robot James McKew berkata, penggunaan robot membolehkan manusia melakukan pekerjaan lain dan robot berpotensi untuk mencipta 58 juta pekerjaan di seluruh dunia dalam lima tahun ke depan.

Tetapi, menurut profesor kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia, Che Fai Yeong, penggunaan robot akan mengakibatkan pengangguran dalam bidang pekerjaan tertentu namun, perkara tersebut tidak semestinya perlu difahami sebagai satu situasi buruk.

Tambahnya, kebiasaannya, robot hanya mengambil alih pekerjaan yang memerlukan kemahiran rendah, berulang-ulang dan membosankan di mana pekerjaan tersebut kurang sambutan daripada manusia.

Oleh itu, manusia tetap akan melakukan perkara yang lebih rumit dan tepat yang tidak boleh dilakukan oleh robot.

Teknologi Robotik Automasi akan mengambil alih beberapa pekerjaan namun tiada mesin yang dapat menggantikan ketangkasan manusia, pemikiran kritis, membuat keputusan dan kreativiti. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button