Nasionalpilihan

‘Kantoi’ berhibur di pusat hiburan, 43 individu dikompuan RM235,000

SEBANYAK 43 individu dikompaun dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM235,000 selepas didapati berada di pusat hiburan tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, serbuan dilakukan menerusi Ops Khas bersama 21 pegawai dan anggota.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut telah melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 (Melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam) semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 bagi Kuala Lumpur.

“Kompaun bernilai RM 25,000.00 telah dikeluarkan kepada pemilik premis, sementara sebanyak RM 235,000.00 kompaun telah dikeluarkan kepada seramai 43 orang pengunjung pecahan (27) lelaki dan (16) wanita yang berada di premis pusat hiburan tersebut,” katanya.

Menurut Azman, dalam serbuan sama juga, seramai (43) orang pengunjung telah disaring ujian air kencing dan hasil keputusan kesemuanya adalah negatif.

Jelasnya, mereka juga merampas pelbagai jenis Liquor sebanyak (431) botol bernilai RM220,500 dan dirampas ekoran kesalahan di bawah Sek. 76 Akta Eksais 1967 serta rampasan boleh dilucuthak di bawah Akta Kastam 1967.

Tambahnya, operasi ini akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam merealisasikan usaha kerajaan menghentikan penularan Wabak Covid-19 di negara kita. -SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button