Rencana

Manifesto Dambaan Anak Muda: Kembalikan Kepemimpinan Malaysia di arena antarabangsa

Oleh: Izzuan Kayat, Alumni UKM

TAHUN 2014 telah mencatat sejarah pencapaian Malaysia tertinggi dalam Laporan Antarabangsa: Ease of Doing Business. Selain tersenarai dalam 10 negara paling bergantung kepada perdagangan antarabangsa, Malaysia turut dinobatkan tempat pertama dalam penilaian ‘Ease of Credit’.

Malaysia telah memulakan langkah langkah kearah mencoretkan kejayaan inisejak sedekad yang lalu dengan memimpin gerakan negara negara berkecuali (Non Aligned Movement atau NAM) sebagai satu respon antarabangsa kepada pencerobohan haram di Iraq.

Pendek kata, kejayaan Malaysia dalam dunia perdagangan antarabangsa banyak bergantung kepada prinsip dan kejayaan Malaysia mengetengahkan pendirian moral dalam menangani krisis antarabangsa.

Namun bermula tahun 2018, menyaksikan kesuraman Malaysia sebagai pejuang suara hati nurani umat Islam di peringkat antarabangsa.

Bermula dengan drama Menteri Arab Saudi terpaksa memberi komentar kepada isu dana 1MDB hinggalah kepada pembatalan Institut Raja Salman oleh Menteri kabinet Pakatan Harapan (ph), nama Malaysia semakin suram dan muram di persada antarabangsa.

Kini, kita sekali lagi dikejutkan denganpendirian Malaysia yang memilih untuk berkecuali daripada menyokong atau menolak usul Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ingin membahaskan isu Xinjiang dan penindasan Uighur.

Di saat umat Islam Uyghur dambakan pembelaan, Malaysia memilih untuk berdiam diri. Kelantangan suara Malaysia tidak lagi membelah kesunyian kepimpinan dunia Arab-Muslim yang satu ketika dahulu berjaya meletakkan Malaysia sebagai “de facto leader” sekaligus destinasi pelaburan dunia Islam dan juga pemimpin industri halal di dunia ini.

Apa yang lebih dikhuatirkan, dek kerana ketidakstabilan politik dan senario domestik yang tidak terjamin ini, ianya bakalmengakibatkan Malaysia kehilangan mahkotanya sebagai pemimpin industri halal global, industri yang bernilai hampir USD1.3 trillion.

Justeru sejajar dengan gelombang di seluruh negara yang megidamkan Malaysia untuk kembali menjadi jaguh di peringkat antarabangsa serta menyambung kembali apa yang tergendala sejak 2018, rakyat Malaysia haruslah memilih kepimpinan yang bukan sahaja dapat menjamin kestabilan malah yang terus melaungkan dan memperjuangkan suara hati nurani rakyat Malaysia di persada antarabangsa.

Hanya itu yang akan menjamin kegemilangan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan dan ‘leading economic powerhouse’ di rantau ASEAN.

Harus kita kembali kepada sejarah dan bagaimana ia mengajar kita bahawa membuat pilihan salah membawa kepada kemusnahan. Rakyat perlu sedar bahawa terlajak perahu boleh berundur, tersalah pangkah, negara mundur. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button