Nasional

Mangsa banjir kehilangan dokumen pengenalan diganti percuma

MANGSA banjir yang kehilangan dokumen peribadi akan diganti secara percuma oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian dalam hantarannya di X.
“Sementara agensi-agensi KDN turun membantu mangsa-mangsa banjir ini, KDN melalui JPN juga akan menawarkan penggantian dokumen seperti sijil lahir dan kad pengenalan secara percuma kepada mangsa banjir yang kehilangan dokumen tersebut.
“Selesai musim banjir ini, Pegawai JPN akan membuka kaunter dan menggerakkan bas bergerak ke kawasan terjejas banjir untuk memastikan urusan dapat dilakukan dengan segera,” katanya.
Beliau berharap usaha kecil pihak KDN itu akan dapat mengurangkan beban mangsa banjir.

“Saya berharap usaha kami akan sedikit sebanyak membantu mangsa-mangsa yang terkesan bagi memudahkan urusan mereka pasca banjir nanti,” katanya.

Banjir yang semakin memburuk di Semenanjung melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Mangsa banjir setakat ini melebihi 150,000 orang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button