Banjir

Mangsa banjir di Terengganu kekal lapan orang

MUSIM tengkujuh, mereka yang terbabit, diminta berhati-hati dan akur dengan arahan keselamtan. Banjir di Terengganu kekal lapan orang daripada tiga keluarga setakat pagi ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel PA Che Adam A Rahman berkata, kesemua mereka berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang masih beroperasi ketika ini iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang, Marang.

“Empat daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka menerima taburan hujan yang agak tinggi sehingga Khamis ini.

“Justeru, penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai perlu bersiap siaga dan peka dengan sebarang perubahan cuaca sekitar mereka,” katanya. – BERNAMA – SM

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button