BanjirNasional

Mangsa banjir di Pahang terus meningkat

SITUASI banjir di Pahang masih belum reda apabila seramai 17,104 mangsa dilapor dipindahkan ke 242 pusat pemindahan sementara (PPS).

Malah terbaharu, Bera menjadi daerah baharu yang terjejas akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu lapor Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, di Perak pula situasi banjir semakin memburuk apabila lebih 1,000 orang sehingga pukul 7.30 pagi tadi ditempatkan di 11 PPS.

Di Johor pula, Malaysiakini melaporkan keadaan banjir di sana mulai pulih apabila mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS berkurangan.

Katanya, setakat pukul 7.30 pagi tadi, seramai 5,485 orang dipindahkan ke PPS, namun tujuh daerah di negeri itu masih lagi dinaiki air.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button