SukanUncategorized

Man United belum ada identiti di bawah Rangnick

MANCHESTER United dilihat belum mempunyai identiti di bawah kendalian Ralf Rangnick dengan penampilan mereka langsung tidak konsisten.

Ini jelas terlihat pada pertemuan mereka dengan Wolverhampton Wanderers pada perlawanan Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan mereka kalah 0-1 di gelanggang sendiri.

Ini merupakan kekalahan pertama MU di bawah asuhan Rangnick. Sudah ada enam perlawanan yang dijalani The Red Devils bersama pengurus asal Jerman itu, yang lain menang tiga kali dan seri dua kali.

Dalam enam perlawanan itu pula, Rangnick telah beberapa kali menukar formasi Rangnick  dari 4-2-2-2 kemudiaannya strategi 3-4-3 diikuti-1-4-1.

Bekas pemain Tottenham Hotspur, Jamie Redknapp berkata, MU masih mencari formasi terbaik di bawah arahan Rangnick.

Malah MU dikatakan tidak mempunyai  pemain yang sesuai dengan gaya percaturan Rangnick.

“Kita membincangkan mengenai pengurus yang masuk ke perlawanan dan dia masuk dengan sistem 4-2-2-2 yang terkenal -itu tidak berhasil,” kata Redknapp di Skysports.

“Saat anda datang ke sini, anda harus mempunyai pemain yang tepat, tak ada masalah dengan sistem apa yang anda mainkan. Lantas, dia bermain dengan tiga bek di barisan belakang, hari ini dia bermain 4-4-2 dan pada akhirnya, dia menciptakan sistem. Tak ada identitisebenarnya pada bagaimana mereka cuba bermain,” katanya.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button