Rencah Hidup

‘Mama’, suatu penantian buat ibu bapa Ainul Mardhiah

‘MAMA’ adalah perkataan paling mudah bagi bayi untuk disebut sebagai tanda mengenali ibunya.

Malah, perkataan itu mungkin jadi pertuturan pertama bagi bayi menginjak usia setahun yang baharu belajar menggerakkan mulut dan lidahnya sambil bersuara.

Itu semua adalah kenangan manis bagi pasangan ibu bapa yang baharu menimang cahaya mata.

Namun lebih manis bagi pasangan Ahmad Saifuddin Ahmad Razak dan isteri Nurul Erwani Zaidi apabila mendengar perkataan ‘Mama’ keluar daripada mulut anaknya Ainul Mardhiah.

Penantian yang dihadapi mereka cukup meruntun jiwa apabila anak mereka dahulu menghidap ‘Germm Cell Tumour’.

BACA > Menara Eiffel dibuka semula selepas 104 hari ditutup — Suara Merdeka

Penyakit tersebut menyebabkan wujud ketumbuhan pada mulut bayi sehingga menyukarkannya untuk makan, minum dan bersuara seperti bayi normal lain.

Bagaimanapun, Ainul Mardhiah selamat dibedah bagi membuang ketumbuhan tersebut pada Jun tahun lalu dekat sebuah hospital di London.

“Setiap hari latih Ainul untuk panggil mama. Alhamdulillah keluar juga perkataan ‘mama’.

“Good job anak mama.”

Ringkas Nurul Erwani yang memuatnaik video telatah anaknya menyebut perkataan ‘Mama’ dalam Instagramnya baru-baru ini.

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya berkat kesabaran, penantiannya sungguh berbaloi.

BACA > Covid-19 boleh menyebabkan strok, keradangan — Suara Merdeka

Terdahulu bayi berusia setahun 10 bulan itu terpaksa menanggung ketumbuhan yang semakin membesar pada mulutnya.

Namun, hati siapa yang tidak terusik dengan derita Ainul Mardhiah apabila pelbagai prosedur rawatan dilalui bagi memastikan penyakitnya sembuh.

Ketumbuhan berkenaan tidak dapat dibuang kerana berisiko tinggi bagi bayi seusia itu.

Namun, siapa sangka bekas pelajar yang pernah dinobat sebagai Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbaik 2004, Dr. Nur Amalina Che Bakri kembali berbakti kepada rakyat Malaysia.

Situasi yang dihadapi Ainul Mardhiah mendapat perhatian Dr. Nur Amalina yang akhirnya dapat membantu membuang ketumbuhan itu.

BACA > Akreditasi cerahkan peluang graduan UniMAP – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka
MAMA
KEADAAN Ainul Mardhiah yang mengalami ketumbuhan pada mulutnya sebelum dibedah. – Gambar BERNAMA

Sebelum itu, Dr. Nur Amalina berbincang dengan rakan setugasnya di London bagi membantu Ainul Mardhiah membuang ketumbuhan tersebut.

Pasukan pakar bedah di sana kemudian bersetuju membantu dan akhirnya bayi bertuah itu diterbangkan dari Kuala Lumpur dengan sokongan dan bantuan rakyat Malaysia.

Berita yang paling menggembirakan adalah, Ainul kemudian selamat dibedah dan tidak mengalami sebarang komplikasi ketika pembedahan dijalankan pasukan pakar bedah dan anestetik.

Pembedahan itu diketuai oleh Ketua Unit Craniofacial, Pro. Dr. David Dunaway dan empat lain termasuk pakar bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr. Julian Ong.

Mendengar perkhabaran itu, ayahnya, Ahmad Saifuddin berulang kali mengucap syukur kerana diberi peluang sekali lagi menjadi bapa kepada anaknya.

Dalam perkembangan terbaharu, Ainul Mardhiah dilaporkan bakal menjadi seorang kakak.

BACA > Agong tinjau pelaksanaan SOP, sesi pembelajaran di SMK Danau Kota — Suara Merdeka

Menurut ibunya, adik kepada Ainul Mardhiah itu dijangka lahir pada bulan hadapan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button