Politik

Gangguan bekalan air di Chini berpunca daripada PH

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) didakwa menjadi punca kepada masalah air di Chini ekoran berlaku kelewatan dalam menyiapkan projek kolam takungan hiliran (ORS).

Projek tersebut dikatakan bermula ketika Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri lagi.

Bagaimanapun, ia dikatakan tertangguh kerana terdapat pihak didakwa sengaja melengah-lengahkan pembinaan ORS itu.

“Sebenarnya projek ini sudah dilulus sejak saya jadi Perdana Menteri. Tetapi, apabila PH ambil alih, dilambatkan projek itu. Sepatutnya sudah siap, jadi tidak siap.

“Air itu (di Chini) pada musim kemarau memang terputus. Jadi, minggu lalu saya dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan ISmail melawat projek takungan air yang sedang dirancang.

BACA > Tiga ahli pemegang saham Bank Rakyat mohon tamatkan Akta 202 — Suara Merdeka

“Kemudian kita membuat ketetapan bahawa projek ini perlu disambung semula.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, dari segi kemudahan adala lebih baik berbanding kawasan lain.

“Sekarang kita hendak tingkatkan yang mana masih ada keperluan tertentu misalnya paling pokok sekali adalah masalah air.”

Kata Najib dalam satu wawancara bersama penduduk di sana yang dimuatnaik dalam Facebook Aku Budak Chini – ABC hari ini.

Dalam wawancara itu, beliau menjelaskan tambahan peruntukan RM10 juta akan disuntik bagi memastikan projek berkenaan dapat disiapkan pada kadar paling optimum.

Ini kerana, projek ORS berkenaan dilaporkan perlu menampung keperluan mengikut hari berlaku kemarau iaitu sekitar 20 hingga 22 hari.

“Sebab purata jumlah hari pada musim kemarau sekitar 20 hingga 22 hari.

“Jadi kalau kita kekalkan pada tahap kapasiti projek ini (asal), maka bila berlakunya musim kemarau ada kemungkinan selepas 11 hari terputus bekalan air.

“Justeru, kita on-the-spot buat keputusan projek ini patut dinaikan sekali ganda dengan kos tambahan lebih kurang RM10 juta.

BACA > Salahuddin cabar bubar DUN Johor dulu — Suara Merdeka

“Ketika itu, Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh ada bersama dan dia setuju untuk cari peruntukan Felda supaya projek ini dapat direncanakan pada tahap optimum iaitu 22 hari,” jelasnya.

Tambahnya, projek berkenaan bakal siap sepenuhnya pada tahun hadapan dan menampung keperluan kira-kira 6,500 isi rumah dalam kawasan Chini.

Terdahulu, Wan Rosdy menjelaskan kerja pembinaan projek ORS akan bermula pada September hadapan.

Menurutnya, proses tender akan diadakan pada bulan ini oleh pihak pengurusan Felda dan menjangkakan projek berkenaan akan siap dalam masa 12 bulan.

Kira-kira 33,000 penduduk di sekitar Felda Gugugsan Chini bakal menikmati kemudahan tersebut.

BACA > Kuatkuasa perintah darurat bagi atasi kemelut politik? — Suara Merdeka

Selain itu,kampung tradisional seperti Paloh Hinai, Mambang,Padang Rumbia dan Gumum turut akan menikmati penyelesaian masalah gangguan air di sana. – SM

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button