Politik

Kuatkuasa perintah darurat bagi atasi kemelut politik?

ADAKAH dengan penguatkuasaan perintah darurat dapat mengatasi polemik politik yang sedang dihadapi negara sekarang?

Ini kerana isu sokongan dalam Dewan Rakyat kepada kerajaan sekarang yang diterajui Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan masih samar.

Malah terdapat dakwaan bahawa kerajaan boleh bertukar pada bila-bila masa apabila Pakatan Harapan (PH) dipercayai sedang mengatur strategi meraih sokongan Ahli Parlimen.

Hal demikian menyebabkan kemelut politik negara belum menemui titik noktah, malah situasi ini berisiko menyebabkan pelabur enggan melabur di Malaysia.

“Keputusan yang pasti meletakan kepentingan keselamatan negara dan rakyat.

BACA > Normal Baharu Covid-19: Sidang Kemuncak ASEAN Ke-36 bermula hari ini — Suara Merdeka

“Jika berlaku Perdana Menteri ke-8 hilang majoriti, maka Yang di-Pertuan Agong selain mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri juga mempunyai lain-lain pilihan.

“Mungkin inilah masa bertenangdan langkah pembetulan. Masa untuk correction measures melalui Ordinan Darurat bagi tempoh dua hingga tiga tahun untuk menyelesaikan masalah rumit.

“Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara dan payung negara. Taat setia rakyat tidak berbelah bahagi adalah kepada baginda yang juga simbul perpaduan.”

Kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa (Putra), Datuk Dr. Ibrahim Ali yang menjangkakan keputusan perintah darurat boleh diambil oleh Yang di-Pertuan Agong, As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam kenyataan tersebut, beliau turut mempersoal niat pemimpin UMNO yang menggesa supaya Parlimen dibubarkan segera dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dapat diadakan.

BACA > Axiata disenarai pendek bida syarikat menara telekomunikasi Myanmar — Suara Merdeka

Katanya, pembubaran Parlimen tidak menjamin dapat mengembalikan kestabilan politik walaupun rakyat yang akan membuat keputusan.

Ini kerana, sejak PRU-12 parti kerajaan tidak lagi memperoleh majoriti dua pertiga atau 148 daripada 222 kerusi.

“Persoalannya apakah sebab dan ‘nawaitu’ UMNO agar disegerakan PRU-15? Kenapa UMNO tidak mengambil sikap Dewan Rakyat dibubar atas dasar prinsip moral?

“Apa jaminan kesetabilan politik stabil selepas PRU? Apakah rakyat akan membuat keputusan memberi undi kepada mana-mana parti untuk dapat majoriti dua pertiga?

“Memang kedengaran pemimpin umno kini banyak tidak puas hati dgn layanan PM-8.

BACA > Putra jangka politik tak stabil lebih awal – Ibrahim — Suara Merdeka

“Mereka tidak puas hati dengan jawatan-jawatan yang banyak diisi oleh Ahli Parlimen daripada bersatu dan kumpulan Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali). Malah ada yang tidak terlantik.

“Jadi UMNO tidak puas hati kerana jawatan atau kerana mahu mmebela rakyat. ‘Nawaitu’ kena betul kerana rakyat bukan bodoh lagi,” ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan menggesa PRU-15 diadakan bagi mengembalikan kestabilan politik.

BACA > Rais ajak Tok Mat muafakat, biar kuasa sama digenggam — Suara Merdeka

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyatakan pandangan Mohamad hanya bersifat peribadi bukan kolektif dalam UMNO. – SM

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button