NasionalParlimen

MALE UAS pesawat tanpa pemandu beroperasi 2026

PESAWAT tanpa pemandu kategori Medium-altitude Long-endurance Unmanned Aircraft System (MALE UAS) dijangka diperoleh pada 2025 dan akan mula beroperasi seawall 2026.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, Kementerian Pertahanan telah melengkapkan semua proses penilaian tender bagi perolehan MALE UAS untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi memperkukuhkan penguasaan domain udara Malaysia.

Beliau berkata, lembaga perolehan kementerian itu telah memperakukan pretender yang dipilih serta dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) pada 7 Julai lalu dan keputusan muktamad akan diketahui dalam bulan ini.

“Bagi ekosistem penyelenggaraan, dilaksanakan selepas tamat tempoh waranti daripada Original Equipment Manufacturer (OEM) berpandukan kepada konsep senggaraan yang akan ditentukan TUDM.

“Perolehan persenjataan termasuk Electronic Warfare (EW) bagi aset ini akan dilaksanakan pada fasa perolehan kedua dan ketiga dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan RMK16,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen PAS-Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman mengenai status tender perolehan, penyelenggaraan bagi pesawat MALE UAS untuk kegunaan TUDM pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Rozman Isli (WARISAN-Labuan) mengenai objektif perolehan MALE UAS, Ikmal Hisham menjelaskan, aset itu akan melaksanakan misi risikan, pengawasan dan tinjauan (ISR) untuk mengurangkan jurang keupayaan dalam menyalurkan informasi secara near real time (NRT) kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata, pembangunan keupayaan pesawat itu adalah berlandaskan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55) dan selari dengan Pelan Pembangunan 4 Dimensi Angkatan Tentera Malaysia (4DMAF) bagi menyokong Kertas Putih Pertahanan.

“Aset MALE UAS ini akan ditempatkan di Pangkalan Udara Labuan bagi meningkatkan penguasaan domain udara TUDM khususnya dalam melaksanakan pengawasan di Laut Cina Selatan dan Pantai Timur Sabah,” katanya. – SM

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button