Kesihatan

Malaysia terdedah kepada virus Influenza

Tips Kesihatan

KEDUDUKAN Malaysia yang terletak di tengah-tengah bumi iaitu di garisan Khatulistiwa menyebabkan penduduknya sentiasa terdedah kepada serangan virus Influenza.

Menurut Dr. Siti Aishah Yunos daripada Klinik Pakar Langkawi, Influenza adalah sejenis virus yang hidup di negara-negara sedang mengalami musim sejuk.

Berdasarkan fakta bahawa bumi ini bulat, maka jelas beliau, virus tersebut akan aktif dalam tempoh enam bulan di Kutub Utara dan enam bulan di Kutub Selatan.

“Kita (Malaysia) tiada musim panas atau musim sejuk. Kita akan kena tempias daripada jenis Influenza yang sekarang sedang berlaku di negara-negara musim sejuk.

“Sebab itu kita ada dua jenis vaksin. Vaksin yang mengikut keperluan di Kutub Utara dan keperluan Kutub Selatan,” katanya.

Bahayanya virus tersebut kata Dr. Siti Aishah adalah ia mampu berubah-ubah mengikut musim dan keadaan persekitaran sesuatu kawasan.

“Jika tahun ini Kutub Utara dapat virus Influenza jenis macam ini, tak semestinya tahun depan dapat virus yang sama , ia mampu berubah-ubah.

“Di Malaysia yang sering berjangkit kepada manusia adalah virus Influenza A dan B,” katanya.

Penyakit dibawa virus Influenza adalah sama dengan penyakit-penyakit lain yang sering menyerang manusia seperti batuk, selesema, sakit mata dan kadang-kadang mengalami muntah-muntah, tetapi jika gagal mendapatkan rawatan awal, virus tersebut akan semakin mengganas dan boleh menyebabkan komplikasi radang otak sehingga membawa maut.

Untuk pelbagai tips berkaitan kesihatan boleh layari pautan ini: https://www.facebook.com/Klinik-PAKAR-Aishah-750381991650099/?ti=as

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button