fbpx
Kesihatan

Jangan bazirkan ubat, pulangkan sebelum tarikh luput jika tidak sesuai

DR. SITI AISHAH YUNOS dari Klinik Pakar Aishah menasihatkan orang ramai supaya tidak membazirkan ubat-ubat yang diberi oleh klinik kerajaan, sebaliknya menyarankan memulangkannya semula sebelum luput tarikh.

Menurutnya daripada pengalaman beliau pesakit khususnya yang menghidap kencing manis dan darah tinggi terdiri daripada golongan warga emas akan berhenti mengambil ubat apabila terdapat kesan sampingan, tetapi tidak memaklumkan masalah yang dihadapi mereka kepada doktor.

Mereka katanya, kerana takut kepada doktor akan mengaku telah memakan ubat, walaupun sebenarnya ubat berkenaan tidak dimakan kerana kesan sampingan seperti pening kepala, cirit birit dan muntah-muntah.

Ubat-ubat berkenaan, kata beliau disubsidi oleh kerajaan dan jika dibuang begitu sahaja ia sangat merugikan, berbanding jika dipulangkan sebelum tarikh luput dan dapat diberikan kepada pesakit lain.

Manakala pesakit terbabit katanya boleh diberi ubat lain yang lebih sesuai dan tidak mendatangkan kesan sampingan.


Untuk pelbagai tip boleh layari pautan ini: https://ms-my.facebook.com/pages/category/Obstetrician-Gynecologist–OBGYN-/Klinik-PAKAR-Aishah-750381991650099/

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More
Back to top button