Malaysia sasar siapkan pelan tindakan AI tempoh 12 bulan
MALAYSIA Berhasrat Menyelesaikan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam 12 Bulan perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia mensasarkan untuk menyiapkan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari Selasa (1 Okt).
Beliau menyatakan bahawa ini adalah salah satu daripada beberapa matlamat berkaitan teknologi yang disasarkan untuk disiapkan dalam jangka masa tersebut. Beliau turut melahirkan harapan agar pelan ini dapat diselesaikan lebih awal.
“Apabila saya kata 12 bulan, itu adalah cadangan daripada menteri, tetapi bagi saya tiada sebab untuk menunggu sehingga 12 bulan, anda sepatutnya boleh menyelesaikannya dalam enam bulan,” katanya dalam ucapannya di acara Mantap Malaysia Bersama AI, anjuran Google for Malaysia.
Turut hadir dalam acara tersebut ialah Menteri Digital, Gobind Singh Deo, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.