Malaysia Madani: Bangkit dari kegagalan, bina imej pertama negara
Buatlah macam mana sekali pun, Malaysia era moden tetap akan meriah dengan bermacam-macam jenis budaya daripada pelbagai kaum.
Bukan sahaja menunjukkan keharmonian dan sikap toleransi, ia turut menunjukkan bahawa di Malaysia, rakyatnya cukup matang.
Biar pun sering difitnah media kononnya pergolakan rakyat berlaku akibat politik namun realitinya, akar umbi Malaysia tetap aman.
Di kedai-kedai mamak misalnya, tetap penuh dengan orang-orang Melayu, Cina, India, Bangladesh, Myanmar, Rohingya dan sebagainya.
Walaupun orang-orang Bangladesh, Myanmar, Rohingya dan sebagainya bukanlah rakyat Malaysia, tetap mereka dapat menikmatinya.
Cuma bagi yang tiada permit, pas, visa dan lain-lain, mungkin mereka akan gelabah dan cabut lari kalau ternampak Imigresen.
Itu pun boleh dikatakan sebagai bukti dan tanda, orang luar pun masih hormat undang-undang di Malaysia, walaupun ia sepatutnya tidak berlaku.
Orang putih tanya mana muka Melayu?
Mana tidaknya, sejak 1957 sehingga kini, Tanah Melayu ini sudah kehilangan hak asasinya namun orang-orang Melayu tetap bertoleransi.
Memanglah dalam Perlembagaan Persekutuan ada menyatakan Perkara 160 (2) tentang ciri-ciri Melayu, namun masih ramai yang gagal julangkannya.
Dalam erti kata lain, kalau pergi ke negara India, kita akan nampak muka-muka orang India, kalau pergi ke negara China, kita akan nampak orang-orang Cina.
Kalau pergi ke negara Jepun, akan nampak muka orang-orang Jepun, kalau pergi ke negara Afrika, akan nampak muka-muka orang Afrika.
Namun apabila orang-orang luar mahu datang ke Malaysia? Mereka pun boleh keliru sebab tak boleh bezakan mana satu muka Melayu.
Terpaksa masuk ke kampung-kampung atau berjalan keluar dari ibu kota Kuala Lumpur dahulu, barulah nampak muka orang Melayu sebagai tuan di negara ini.
Bangkit dari kegagalan bina the first image of Malaysia
Penulis berpendapat beberapa siri Kerajaan terdahulu telah gagal mewujudkan the first image of Malaysia, yang sepatutnya ditanam dalam pemikiran pelancong.
Juga teringat cerita rakan yang terlibat dalam delegasi ke luar negara, apabila mahu tunjukkan apa yang Malaysia ada, mereka tunjukkan ‘barang’ dari Jepun.
Sedangkan dari Malaysia itu ada cukup bahan, barang yang banyak, serta kalau dikaji, ia tak pernah habis, malah yang belum sempat dikeluarkan pun ada.
Bayangkan kalau ada pihak yang benar-benar melestarikan perkara ini sebagai satu elemen yang kuat untuk membina negara bangsa, pasti Malaysia mampu melangkah jauh.