Malaysia lwn Indonesia: Tiket sudah habis, kaunter tiket tak akan dibuka
KEMENANGAN 2-1 ke atas Thailand minggu lepas menyemarakkan semangat penyokong Harimau Malaya untuk datang memenuhi stadium apabila tiket perlawanan Malaysia menentang Indonesia pada kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pusingan kedua di Stadium Nasional malam esok sudah habis di jual.
Menurut FAM, semua 80,000 tiket sudah habis dijual di www.tickethotline.com.my semalam.
Maknanya, tidak ada sebarang penjualan di kaunter tiket hari dan esok.
Persekutuan Bolasepak Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, tiada sebarang penjualan di kaunter tiket stadium pada hari perlawanan, Selasa ini
Selepas menang bergaya ke atas Thailand, skuad Harimau Malaya akan menanti kunjungan Indonesia di perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia dan Piala Asia esok.
Dalam aksi pertama awal September lalu, Malaysia menang 3-2 namun para penyokong Harimau Malaya terpaksa berhadapan dengan detik cemas di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta.
Malah pemain-pemain negara juga terpaksa dibawa keluar dari stadium mengguna kenderaan berperisai yang dinamakan Baracuda atas faktor keselamatan. – SM