Nasional

Malaysia kemuka tiga cadangan dalam Kerjasama Antarabangsa BRI

MALAYSIA terus memainkan peranan penting dalam Kerjasama Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) ketika pandemik Koronavirus (Covid-19).

Antara isu atau cadangan yang diketengahkan kerajaan dalam mesyuarat peringkat tertinggi kerjasama itu, tiga perkara digariskan menjadi fokus utama.

Perkara tersebut melibatkan penghapusan Covid-19, pengoperasian semula ekonomi dan mengkaji potensi-potensi kerjasama antarabangsa.

“Menyertai sidang video peringkat tertinggi mengenai Kerjasama Antarabangsa #BeltandRoad berkaitan Covid-19 atas jemputan Menteri Luar China, TYT Wang Yi malam tadi.

“Malaysia cadang tiga fokus utama iaitu menghapuskan Covid-19, memulakan sektor ekonomi dan memperhalusi bentuk kerjasama antarabangsa.”

BACA > Kes bicara Ahmad Zahid: Tajuk lain, isi lain — Suara Merdeka

Kata, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dalam Facebooknya selepas menyertai mesyuarat Kerjasama Antarabangsa BRI malam tadi.

Negara yang turut serta dalam mesyuarat tersebut seperti Mesir, Mongolia, Laos, China, Myanmar, Kyrgyzstan, Kenya, Kazakhstan dan Ehiopia.

Dalam pada itu, Hishammuddin menjelaskan kerjasama Malaysia – China ketika serangan pandemik adalah signifikan.

Katanya kerjasama erat itu adalah bagi memastikan perancangan dan hala tuju jelas memberikan kebaikan kepada kedua-dua negara.

BACA > Keuntungan bersih Astro susut 58.09 peratus — Suara Merdeka

“China mesti bekerjasama rapat dengan BRI bagi memikir dan menetapkan hala tuju yang jelas pasca pandemik ini.

“Tindak balas bersama ini amat diperlukan kerana ekonomi antara negara saling berkait dan bergantung antara satu sama lain.

“Untuk betul-betul mengisytiharkan kemenangan melawan Covid-19, kita perlukan vaksin dan ubat yang tersedia, dapat diakses dan setara untuk semua negara.

“Ini selari dengan janji Presiden China, Xi Jinping bahawa China akan menjadikan vaksin sebagai ‘global public good’ sebaik sahaja ia berjaya ditemui,” jelasnya.

BACA >  PRK Chini `robohkan lagi’ Pakatan Harapan — Suara Merdeka

Terdahulu, Malaysia menerima sumbangan dalam pelbagai sudut daripada China dalam menangani wabak Covid-19 termasuk kemudahan kelengkapan perubatan dan perkongsian pengendalian pesakit. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button