HiburanUncategorized

Hampir 3,000 orang tandatangan petisyen hentikan drama Dayang Senandung

KECOH di laman sosial pagi tadi berkenaan dengan drama Dayang Senandung terbitan Zeel Poduction yang dianggap rasis kerana memaparkan seorang wanita berkulit gelap akibat terkena sumpahan.

Kekecohan itu bermula selepas penyanyi, Wani Kayrie yang juga memegang watak Dayang Senandung dalam drama tersebut memuat naik video tariannya menerusi akaun Tik Tok.

Video tersebut kemudian tersebar di laman sosial dan bermulalah siri kecaman yang menganggap drama itu bersifat mendiskriminasi warna kulit.

Apatah lagi di Amerika Syarikat sedang aktif gerakan Black Lives Matter yang memperjuangkan isu penindasan terhadap orang kulit hitam.

Perkara itu kemudian terus dikaitkan dengan drama Dayang Senandung.

Tidak lama selepas itu, muncul pula petisyen yang dibuat netizen supaya penggambaran drama itu dihentikan serta merta.

Setakat ini, sudah 2,600 orang menandatangani petisyen tersebut.

Ini bukan kali pertama watak Dayang Senandung yang berkulit hitam legam menjadi isu dikalangan rakyat.

Pada 2017, sebuah syarikat rangkaian penjual barangan penjagaan diri telah memuat naik iklan yang memaparkan Dayang Senandung sebagai watak utama.

Namun, tidak sampai 12 jam ditayangkan di laman Facebook rasmi jenama itu, iklan tersebut telah ditarik balik kerana mendapat kecaman netizen.

Rata-rata menganggap syarikat tersebut tidak sensitif dalam isu perkauman dan mendiskriminasi warna kulit.

Cerita Dayang Senandung adalah kisah dongeng tempatan melibatkan seorang puteri raja yang dilahirkan bertubuh hitam akibat terkena sumpahan.

Kisah ini diakhiri dengan takdir tubuhnya menjadi cerah dimana sumpahan tersebut telah terhapus.-SM

(Visited 656 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button