Nasional

Malaysia Kehilangan RM2.3 Bilion Sebulan Hanya Kerana ‘Aktiviti Murni’ Pekerja Asing

Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan negara pernah kehilangan RM2.3 bilion sebulan pada 2022 kerana aktiviti murni pekerja asing yang menghantar duit Malaysia keluar ke kampung masing-masing.

Angka itu jelas turut menyumbang kepada angka kehilangan yang lebih besar iaitu RM28.5 bilion sewaktu dipimpin Kerajaan terdahulu sebelum zaman pemerintahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara ini jelas terjadi kerana kebobrokan sistem kawal selia yang diguna pakai sejak puluhan tahun dahulu setelah Malaysia memasuki era kemodenan serta dimanipulasi secara halus.

Penegasan Anwar Ibrahim dalam pentingnya SPRM, PDRM dan sebagainya menjalankan siasatan sehingga terbukti bersalah adalah satu penghormatan terbesar dalam sejarah negara.

Hal ini demikian kerana kebanyakan pemimpin dalam Kerajaan terdahulu boleh dikatakan bersifat “Yes Man” dan tidak berani perbetulkan permasalahan yang boleh dicantas lebih awal.

Hari ini, rakyat Malaysia terpaksa menerima tempias kerana duit yang hilang tidak akan pulang malah terpaksa menerima lambakan pekerja asing yang kononnya diperlukan untuk pembangunan negara.

Hujung-hujung, mereka berkahwin dengan rakyat tempatan, mendaftarkan nama isteri dalam perniagaan, melahirkan zuriat bernasabkan bapa di Malaysia, menjadi rakyat Malaysia baharu mengikut undang-undang!

Sumber:

  1. Malaysia hilang RM28.5 bilion | Kosmo!
(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button