Nasional
Malaysia Dan Maldives Bakal Tingkatkan Kolaborasi Serta Potensi Kerjasama
Menteri Pendidikan Maldives, Dr. Asishath Ali bersama delegasinya membuat kunjungan hormat ke pejabat Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Radzi Jidin.
Radzi dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, kunjungan itu turut membincangkan usaha meningkatkan kolaborasi serta meneroka potensi kerjasama.
Fokusnya adalah dalam bidang pendidikan termasuk latihan dan Radzi berharap menerusi kunjungan itu juga, hubungan baik dan kerjasama terus terjalin.