Hiburan

Jue Aziz Masih Single, Gambar Atas Pelamin Cuma Bersama Anak Buah!

Ramai yang menyangka pelakon wanita jelita, Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz sudah menjadi milik orang.

Namun rupa-rupanya, Jue masih single dan ramai tak tahu status dirinya sehinggalah tular satu gambar baru-baru ini.

Gambar itu diambil di atas pelamin bersama seorang lelaki dan Jue menerusi Instagramnya menjelaskan lelaki itu adalah anak buahnya.

Kata Jue, dia cuma bergambar untuk ambil berkat atas pertunangan anak buahnya bernama Fifi dan tindakan itu bukannya satu kesalahan.


“Tak sangka pula jadi kecoh macam ni sebab gambar tu pun tak nmpk mcm org bertunang, siap pegang bunga sama-sama brsentuhan.

“Lagi pun, Jue sebelum ini ada memuat naik gambar anak-anak buah Jue. Alhamdulillah.. sangat menghargaidoa-doa kalian yang tidak henti-henti sehingga kini,” tulisnya di Instagram.

Tulis Jue lagi, ada bagusnya jadi begitu kerana ramai yang masih ingat Jue sudah berkahwin atau tidak pernah berkawin dan isu ini dapat bersihkan kekeliruan status Jue.

Apa-apa cerita pun, Jue masih single dan untunglah mana-mana lelaki yang berjaya pikat hati Jue untuk bergelar suami dalam masa terdekat!

(Visited 170 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button