
Acara
Malaysia berbesar hati terima lawatan Presiden Xi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut tamu kenegaraan Presiden Republik Rakyat China TYT Xi Jinping yang kini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
Malaysia berbesar hati tatkala negara bertuah ini terpilih untuk dikunjungi Presiden Xi, terutamanya dalam usaha memperkuat hubungan akrab kedua-dua negara sahabat.
Kunjungan ini pastinya akan dimanfaat kedua-dua negara selain terus mempererat hubungan persahabatan yang berlandaskan rasa hormat yang jitu, kata Perdana Menteri dalam hantaran ke Facebook.