Politik

Majlis Presiden PH sokong Shafie bubar DUN Sabah

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan menyokong tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Dalam satu kenyataan, Majlis Presiden PH berkata, mereka menentang sebarang cubaan yang tidak demoktatik untuk menjatuhkan kerajaan negeri dengan membeli wakil rakyat.

“Pakatan Harapan menyatakan sokongan penuh bagi menewaskan cubaan lompat partI yang sangat cela ini. Yang telah dicetuskan oleh anasir-anasir Perikatan Nasional dengan segera membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah dan mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Hanya rakyat yang akan mampu menewaskan rampasan kuasa jahat yang telah dilancarkan bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman, dengan sokongan penuh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin,” kata Majlis Presiden PH.

Menurut mereka cubaan merampas kuasa di tengah-tengah usaha membendung wabak Covid-19 adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab.

“Nampaknya kesihatan orang ramai bukanlah keutamaan berbanding usaha merebut pangkat dan kuasa,” kata mereka.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng itu meminta rakyat Sabah terus menyokong Shafie dalam pilihan raya negeri nanti.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button